Tarikh      : 10 September 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 5 Orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang cara-cara membina alamat email sendiri. Peserta juga diberi pendedahan mengenai aplikasi Whatsapp dan peserta turut dilatih menggunakan aplikasi komunikasi ini secara atas talian iaitu menggunakan web browser.

 

    • Aktiviti
    •  
            • Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuat resume sendiri dan diberi pendedahan mengenai cara membuka aplikasi whatsapp menggunakan web browser.

 


 

Tarikh      : 05 September 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 15 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada pelajar sekolah mengenai asas internet. Selain itu, kelas ini juga adalah untuk menguji pelajar dengan soalan Sains dan Kuiz yang dijalankan dapat melatih pelajar untuk menjawab soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelajar juga telah dididik mengenai latih tubi pembelajaran Sains melalui laman web quizizz. Di samping itu, untuk mencabar ketangkasan, penaakulan spatial dan logik fikiran, para pelajar dapat memupuk kerjasama dalam kalangan para pelajar ketika menyelesaikan tugasan yang diberikan.

 

                                                    • Aktiviti
                                            •  
                                            • Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai E-pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam membuat latih tubi berdasarkan pembelajaran di sekolah. Di samping itu, petugas juga telah memberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM dan cara menggunakan Dashboard Komuniti kepada para pelajar.

 


Tarikh      : 19 Ogos 2019

Masa        : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 4 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan mendidik usahawan untuk berfikiran secara kreatif. Selain itu, program ini juga merupakan program khusus untuk usahawan dimana mereka diajar untuk membuat poster berkaitan produk perniagaan menggunakan apliaksi Canva. Peserta telah didedahkan dengan aplikasi Canva di mana lebih mengenal lagi fungsi-fungsi template Canva, iaitu memilih rekaan yang di inginkan. Di samping itu, peserta juga diberi latihan keusahawanan dimana peserta diajar untuk mempromosikan perniagaan secara dalam talian.

 

                                                    • Aktiviti
                                            •  
                                            • Peserta telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuat poster secara atas talian. Petugas telah mendidik usahawan cara mempromosikan perniagaan secara atas talian dengan ayat yang lebih baik dan memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM. Di samping itu, petugas memperkenalkan kepada peserta mengenai laman web ‘Canva.com' dan memberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM iaitu Mobile E-Waste. Selain itu, petugas turut memperkenalkan peserta bagaimana cara menggunakan Dashboard Komuniti dan telah memberi penerangan mengenai siaran Digital MyFreeview. 

 


Tarikh      : 20 Ogos 2019

Masa        : 7.30 pagi - 2.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 100 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Selain itu, bertujuan menggalakkan komuniti kearah gaya hidup lebih sihat & memupuk semangat untuk bersenam serta menjaga kesihatan. Pengamalan amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat dan cara penjagaan gigi melalui taklimat doktor dari Klinik Kesihatan Felda Pasoh 1.

 

                                                    • Di samping itu, telah dijalankan ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolaborasi Kospen dan PI dan mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PI. Petugas turut mempromosikan siaran digital MyFreeview kepada masyarakat setempat dan mempromosikan advokasi skmm (Sebenarnya.my, Check Your Label dan Online Grooming). Petugas telah mempromosikan dashboard komuniti kepada masyarakat setempat dan memuat naik poster menu sihat melalui aplikasi Mykomuniti. Petugas juga memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai-gerai usahawan.

 

                                                    • Aktiviti
                                            •  
                                            • Petugas telah mendidik komuniti agar menjalankan kehidupan yang sihat dan menjaga kesihatan diri dengan membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Petugas turut mempromosikan siaran digital MyFreeview dan mempromosikan keseluruhan aplikasi Dashboard Pusat Internet kepada komuniti setempat. Taklimat kesihatan oleh Doktor Hasif serta petugas memberi taklimat untuk mempromosikan siaran digital MyFreeview.

 

                                            • Di samping itu, petugas telah memberi taklimat berkaitan My Skool dan lain-lain seperti My Komuniti, My Soal, My Shop dan My Health kepada komuniti setempat.Tutorial cara untuk mengakses aplikasi Dashboard Pusat Internet kepada komuniti telah ditunjukkan kepada komuniti yang hadir. Permainan Kuiz Kahoot.It dan cabutan bertuah memeriahkan lagi suasana program yang berlangsung. 

 


Tarikh      : 16 Ogos 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 10 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan memberi ilmu baru kepada pelajar sekolah mengenai asas internet. Kelas ini adalah untuk menguji pelajar dengan soalan Matematik. Selain itu, kuiz yang dijalankan dapat melatih pelajar untuk menjawab soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di samping itu, peserta juga telah dididik mengenai latih tubi pembelajaran Sains melalui laman web quizizz.

 

                                                    • Aktiviti
                                            •  
                                            • Peserta telah dididik dan diberi pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam membuat latih tubi berdasarkan pembelajaran di sekolah. Di samping itu, peserta diberi ilmu baru mengenai Advokasi SKMM iaitu Mobile E-Waste, taklimat KDB dan Dashboard Komuniti.

 


Sub-kategori