Guna kuasa teknologi digital untuk mencapai dunia maju dan kekal sejahtera.
#KlikDenganBijak #MalaysiaICTVolunteer #positifnproduktif
Mak mak memang suka mengambil gambar bayinya, camera roll memang penuh dengan
gambar bayi dengan nenek, pakcik, suami KECUALI dirinya bersama bayi.
Owh ya jangan lupa juga untuk backup gambar gambar yang di simpan dalam HP di dalam
cloud atau hard disk, jika HP hilang atau rosak memang anda akan terkedu membayangkan
semua gambar kenangan yang hilang.
Tahukah anda semakin ramai orang muda yang mengalami masalah pendengaran.
Ya, puncanya akibat menggunakan mendengar musik yang kuat terlalu lama
Pendengaran manusia berevolusi untuk menjadi sensitif kepada bunyi bunyi yang bernada
rendah supaya dapat membantu mereka berburu dan berlindung dari haiwan berbahaya.
Apabila terdedah kepada bunyi kuat, bulu bulu halus dalam bahagian dalam telinga boleh
rosak dan ia adalah kerosakan yang KEKAL.
Tanda tanda awal kerosakan pendengaran adalah mendengar bunyi berdesing dalam telinga,
bercakap kuat dan selalu bertanya “haaa…??” berulang kali akibat tidak dapat mendengar soalan.
Untuk cegah masalah ini, guna rule 60/60. Hadkan bunyi earbuds tidak melebihi 60%
dan hanya gunakan earbus tidak melebihi 60 minit secara berterusan.
Gunakan earbuds yang berkualiti yang ada fungsi noise cancellation. Jika ada pilihan,
gunakanlah headphone kerana jarak jauh berbanding earbuds yang menekap rapat rongga telinga
Anda hanya baring sekejap di katil hotel, tetapi merenyam satu badan dan anda tahu cadar
hotel sebenarnya tidak diganti.
Pernahkah anda memasuki satu tempat, kemudian tiba tiba anda bersin dan terbatuk batuk?
Anda bukanlah cerewet, tetapi memang tubuh anda mempunyai reaksi terhadap kekotoran
(walaupun jenis kekotoran yang tidak dapat dilihat dari mata kasar)
Ini menunjukkan anda alah atau mempunyai alergi kepada habuk dan kekotoran.
Tempat yang ada banyak tahi cicak dan sawang juga boleh menyebabkan gejala yang sama.
Persekitaran yang berhabuk ini sebenarnya ada sejenis hama atau kutu kecil.
Hama ini yang selalu meransang sistem imun anda untuk mengeluarkan sel sel radang
menyebabkan gejala alahan.
Langkah terbaik adalah menghindar persekitaran yang kotor. Jika gejala berterusan perlu
dapatkan rawatan