"Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan yang dilakukan sepanjang hari termasuklah
ketika berehat atau semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Sebarang aktiviti fizikal atau senaman yang dilakukan amat bermanfaat kepada kesihatan diri.
Aktiviti fizikal yang kerap boleh membantu kita dalam
-meningkatkan mood
-mengatasi stress
-melegakan tekanan
-mengurangkan gejala kemurungan
-kecerdasan fizikal
-melapangkan fikiran
-tidur lebih lena
Rancang masa lakukan aktiviti Fizikal setiap hari"
Garam buluh, garam himalaya, garam kosher dan garam laut adalah sejenis garam dan ia
mengandungi kandungan Natrium yang hampir sama. Oleh itu pengambilan harian perlu
terhad dan tidak melebihi 1 sudu teh sehari.
Sebenarnya, garam buluh adalah sejenis garam biasa yang di masukkan ke dalam buluh
dan dibakar selama 6-8 jam. Ia mungkin lebih bersih dan mengandungi kandungan potasium
yang lebih tinggi, namun Ia tetap sejenis garam dan TIDAK mempunyai kesan untuk merawat
penyakit kronik.
Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak
dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar. Apabila minuman
seperti kopi pun ditambah dengan garam buluh , bayangkan berapa banyak garam yang
anda ambil setiap hari.
Permainan ini dikenali sebagai Clacker 50 tahun lalu dan telah di haramkan FDA US kerana
risiko kecederaan kepada kanak kanak. Pada ketika itu, kerisauan utama adalah bebola
pecah dan menyebabkan kecederaan kepada kanak kanak.
Selepas 50 tahun, permainan ini popular di negara jiran indonesia dan kini berjangkit
ke negara kita. Masih awal lagi, tetapi sudah ada kes kes kecederaan melibatkan permainan ini.
Sebenarnya, permainan ini ada juga kebaikannya. Ia melatih koordinasi, fokus dan kawalan
motor. Cukup cukup lah bermain gadget.
Sebaiknya untuk mengelakkan kecederaan, pantau anak ketika bermain. Anak yang terlalu
kecil yang masih belum stabil fungsi koordinasi mungkin kurang sesuai bermain.
Pencemaran bunyi mungkin membingitkan, sebab itu penting untuk hadkan tempoh bermain.
Kalau siang malam main tanpa henti memang stress mak bapak.
Terdapat beberapa sebab mengapa orang mungkin merasa sukar untuk merasakan
keseronokan seperti dahulu, termasuk:
✅ Burnout:
Jika melakukan terlalu banyak aktiviti yang sama atau mengalami tekanan,individu mungkin
menjadi letih secara mental dan emosi, menjadikannya lebih sukar untuk mereka berasa teruja.
✅ Perubahan hidup:
Peristiwa kehidupan seperti meningkat usia, kehilangan orang tersayang atau menghadapi
cabaran baharu boleh menjejaskan mood seseorang dan menyukarkan mereka untuk
berasa teruja.
✅ Isu kesihatan mental:
Kemurungan, kebimbangan atau masalah kesihatan mental yang lain boleh menyukarkan
orang ramai untuk merasakan emosi positif, termasuk keseronokan.
✅ Isu kesihatan fizikal:
Keadaan kesihatan kronik atau ketidakupayaan fizikal boleh menjejaskan tahap tenaga
dan keupayaan seseorang untuk menikmati pengalaman hidup.
✅ Kekurangan pengalaman baharu:
Melakukan aktiviti yang sama berulang kali boleh menyebabkan kebosanan dan menyukarkan
perasaan teruja.
Jika anda sudah mula tersengguk sengguk dan menguap berulangkali, meningkatkan kelajuan
TIDAK akan menyebabkan anda lebih alert.
Memasang radio juga tidak dapat membantu ketika otak anda sudah tidak dapat proses segala
maklumat dan deria anda mula tidak responsive.
Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat,
walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.
Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, anda akan tersentak
dan mempunyai risiko kekejangan.
Untuk mencegah tragedi ngeri
✔️ Berhenti di tempat selamat.
✔️ Lakukan Power Nap sekurang kurangnya 5-20 minit
✔️ Berehat setiap 2 jam perjalanan
✔️ Tukar pemandu & tolong percayakan isteri untuk menganti tempat pemandu.
Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi orang yang disayangi.