Cari test kit ke tu? Kontak rapat? Pulang ke kampung ramai yang positif? Min dengar banyak
dah sold out kat pharmacy. Try cari kat 99 speed mart. Banyak lagi stok.
Selain tu tengok juga peralatan2 lain. Gali balik dalam stor. Kalau tak da, boleh beli kat mana2
kedai yang berdekatan. Dan jangan lupa kalau positif report kat MyS. Download semula dan
dapatkan HSO 7 hari.
Semoga cepat sembuh.
ALERT
Jika anda bercadang untuk membuat transaksi perbankan atau shopping online, lebih selamat
untuk gunakan talian internet sendiri
Tidak digalakkan guna Wifi awam kerana penggodam boleh menyamar sebagai kemudahan
Wifi dan akaun anda akan digodam sehingga licin.
Jangan sangka, anak yang duduk di rumah SELAMAT jika mereka mempunyai akses kepada
aplikasi sebegini. Pemangsa kini telah menukar modus operasi mereka untuk mencari mangsa
mereka dengan mudah menerusi aplikasi sosial.
Tips untuk keselamatan
✅ Tetapkan peraturan bagaimana dan bilakah anak anak boleh berkomunikasi secara online
✅ Wujudkan masa berkualiti dengan anak anak untuk online bersama
✅ Bercakap dengan anak mengenai keselamatan dan isu semasa
✅ Mendengar apa kebimbangan dan pertanyaan mereka
✅ Beritahu mereka contoh perbualan tidak selamat dan ancaman yang ada
✅ Ajar anak untuk kenal pasti pemangsa
✅ Pastikan anak mempercayai anda dan mengiktiraf anda sebagai pelindung, bukan penghukum
Anda sahaja yang menjadi benteng keselamatan anak anak , bukan orang lain.
Jika bukan anda yang mengambil tanggungjawab ini, tiada siapa yang akan memantau.
🚫 Cecair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin
Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.
🚫 Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin
Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah, dan juga kematian.
🚫 Cecair Peluntur + Alkohol = gas kloroform
Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.
Oleh itu sangat penting, jangan campurkan bahan pencuci terutamanya cecair peluntur
dengan bahan pencuci lain.
Seperti mana buah buahan lain, amalkan membasuh kurma sebelum makan. Kurma mungkin
ada kesan pasir dan habuk. Jika penjual telah lap mungkin ia tidak bersih.
Jangan risau, rasa dan khasiat kurma tidak terjejas jika anda basuh kurma. Sebenarnya penjual
dan pembekal sendiri sarankan untuk mencuci kurma sebelum makan. Cuma, pembekal tidak
dapat cuci kerana bimbang rosak akibat kelembapan tinggi
Cara nak bersihkan kurma
✅ Rendam terlebih dahulu dalam air garam dalam 5 - 10 minit
✅ Bilas dengan air bersih dan tapis
✅ Jemur semula di bawah panas terik matahari (kurma akan kembali juicy) Atau boleh
dimakan begitu sahaja.
✅ Untuk penyimpanan, boleh simpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup (boleh tahan lama)
Sebelum makan, boleh kopek dahulu kurma untuk pastikan tiada serangga tersembunyi