BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Sapiah Binti Jonid
Umur : 63 tahun
Ahli : 6 May 2013

 

Latar belakang

Puan Sapiah Binti Jonid merupakan isteri kepada ketua kampung di Felda Pasoh Satu. Beliau seorang yang aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di kampung dan juga di masjid. Beliau turut menyandang tanggungjawab sebagai setiausaha dalam Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Oleh yang demikian, beliau terpaksa memahirkan diri dalam menggunakan komputer dan internet. Beliau hanya bergantung harap dengan bantuan anak-anak untuk menaip minit mesyuarat dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatannya di PI1M, Puan Sapiah tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk menggunakan komputer serta mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI1M. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas. Beliau hanya menggunakan telefon pintar semata-mata.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI1M. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI1M, Puan Sapiah telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI1M. Beliau juga turut menghadiri kelas komputer yang dijalankan di Pi1M pada setiap minggu bersama rakan-rakan yang lain. Dengan bantuan petugas Pi1M, kini Puan Sapiah boleh berbangga kerana beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer serta semakin mahir menaip dan menggunakan Microsoft Word tanpa bantuan anak-anak lagi.

as


 

USAHAWAN KECIL KEK

Nama : Nur Asyikin Binti Mohd Murad
Umur : 21 tahun
Ahli : 14 November 2016

 

Latar belakang

Cik Nur Asyikin usahawan kecil perniagaan kek di perkampungan Felda Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Cik Nur Asyikin adalah seorang yang tidak langsung mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Tetapi dengan semangat yang kuat, beliau telah menyertai kelas mingguan yang diadakan di Pi1M Felda Pasoh 1. Sebelum ini, Cik Nur Asyikin merasakan amat sukar untuk membiasakan diri dengan komputer dan internet kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya. Tetapi dengan semangat yang tinggi Cik Nur Asyikin sangat tekun dan cepat belajar bagi memudahkan urusan dalam mempromosikan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pasoh 1, Cik Nur Asyikin kini telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang dapat membantu mempromosikan perniagaan kek beliau. Melalui ‘facebook’ kini beliau telah berjaya mempromosikan perniagaannya di dalam dan di luar Negeri Sembilan. 

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M Felda Pasoh 1 bagi mempelajari teknik pemasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Selepas promosi yang dibuat melalui laman sesawang ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatsapp’, beliau telah menerima banyak tempahan. Contohnya, untuk SDCD/DCPCD 01092017 majlis sambutan Hari Guru, Hari Jururawat, majlis perkahwinan dan untuk dijadikan hadiah dan sebagainya. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi1M Felda Pasoh 1, beliau mampu menghasilkan iklan secara atas talian dalam kategori belia dalam usianya yang sangat muda.

 17800462 626452957544704 4396412291276924118 n  cikin  18158014 637903869732946 1705018467544919269 n