Nama : Rokiah Binti Abd Rahman
Umur : 34 tahun
Ahli : Jan 2018

 

Latar belakang

Puan Rokiah ialah ibu kepada 4 orang anak dan merupakan salah seorang usahawan tempatan yang aktif di kawasan sekitar Felda Pasoh 1. Pada awalnya perniagaan beliau hanyalah bermula secara kecil-kecilan sahaja. Akan tetapi, oleh kerana permintaan yang tinggi dan memberangsangkan telah meyakinkan lagi Puan Rokiah untuk memperluaskan lagi perniagaannya.    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya bergantung pada pendapatan bulanan suaminya sahaja. Akan tetapi, beliau telah mendapat kesedaran bahawa beliau perlu mencari jalan bagi membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga dalam membesarkan 4 orang anak mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan Pusat Internet, beliau telah memanafaatkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Pasoh 1 sejajar dengan usahanya. Beliau telah menghadiri kelas keusahawan yang dianjurkan Pusat Internet dan menggunakan kemudahan PC dan Internet untuk melakukan promosi produk beliau dilaman sosial seperti FB dan Instagram, membuat flyers dan banner, senarai harga dan juga untuk tujuan pengurusan dokumen-dokumen perniagaannya. Selain itu, beliau juga menggunakan perkhidmatan WiFi-Komuniti bagi tujuan mempromosikan produk bakeri beliau di dalam Dashboard MyShop.


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Haji Sidek Bin Mat Nor
Umur : 72 tahun
Ahli : 14 February 2017

 

Latar belakang

Haji Sidek merupakan pengerusi Khairat Kematian di Felda Pasoh 1. Sebagai pengerusi, banyak perkara yang memerlukan kepakaran dalam bidang ICT bagi memenuhi keperluan mengendalikan persatuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan dokumen, minit mesyuarat, penggunaan email amat penting bagi melaksanakan tugasannya. Menyedari hal ini, Haji Sidek sering datang ke Pusat Internet Felda Pasoh 1 bagi menghadiri sesi kelas komputer bersama warga emas pada setiap hari Jumaat untuk mempelajari asas penggunaan komputer dan asas internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu secara konsisten, beliau semakin mahir dalam penggunaan asas komputer, video learning melalui saluran Youtube dan asas internet bagi menjalankan tugasannya sebagai seorang pengerusi persatuan.


Nama : Maslinda Binti Mhd Masri
Umur : 28 tahun
Ahli : 4 May 2010

 

Latar belakang

Puan Maslinda Binti Mhd Masri merupakan Pengurus di Pusat Internet Felda Pasoh 1. Menjadi Pengurus Pusat Internet telah menjadi kelebihan dan membuka jalan kepada beliau untuk berniaga secara atas talian. Bekerja di Pusat Internet memudahkan lagi urusan beliau dalam mempromosikan minyak wangi yang dijualnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya bergantung pada pendapatan bulanan yang diterima setiap bulan. Beliau mendapat kesedaran apabila selama ini pelbagai ilmu keusahawanan yang telah diajar untuk membantu komuniti setempat sahaja, tetapi tidak dimanfaatkan terhadap diri sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan latihan keusahawanan yang diberi oleh pihak HQ, Puan Maslinda telah memanfaatkan ilmu tersebut sebaik mungkin dalam mempromosikan produk perniagaannya. Pada permulaannya hanya saudara dan rakan-rakan terdekat yang mahu membeli minyak wangi yang dijualnya, tetapi berkat kesabaran dan promosi yang dilakukan di dalam media sosial telah mendapat permintaan yang memberangsangkan terhadap minyak wangi  yang dijualnya.


Nama : Nur Shuhada Binti Abu Bakar
Umur : 29 tahun
Ahli : 17 November 2010

 

Latar belakang

Puan Nur Shuhada Binti Abu Bakar merupakan ibu kepada 3 orang anak ialah surirumah sepenuh masa. Kos sara hidup yang tinggi kini telah membuka mata Puan Shuhada dalam kepentingan berdikari dalam menjana pendapatan. Tambahan pula, suaminya hanya bekerja di dalam kampung sahaja. Idea perniagaan serunding halia ini dipelajari ketika latihan keusahawanan yang diadakan di PI setiap bulan. Beliau telah didedahkan dengan cara bagaimana internet dapat membantu untuk menjana pendapatan melalui dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanyalah seorang surirumah biasa yang menjaga 3 orang anak yang masih kecil dan tidak tahu mengaplikasikan internet dalam bentuk perniagaan secara atas talian di dalam media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke pusat internet dan kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Atas dorongan petugas PI, beliau telah dididik dalam menjana idea perniagaan, reka cipta sticker perniagaan, perniagaan atas talian dan beberapa kemahiran baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan kepada RM 500.00 setiap bulan untuk perniagaan offline dan online.


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Mohamad Nazrul Azrie Bin Roslan
Umur : 25 tahun
Ahli : 11 April 2010

 

Latar belakang

Encik Nazrul merupakan cucu kepada ahli peneroka di Felda Pasoh 1 yang menetap di sini dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Belia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan dokumen, minit mesyuarat, penggunaan email amat penting di dalam tugasnya sebagai Pengerusi Persatuan. Semenjak tahun 2016 hingga kini, beliau sangat aktif dalam menghadirkan diri ke kelas yang di laksanakan oleh pengurus Pusat Internet pada setiap hari Jumaat bermula 10.00 pagi-12.00 tengah hari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu secara konsisten, beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti penghantaran tugasan melalui Email, membuat minit mesyuarat (Microsoft Word) dan sebagainya. Beliau juga telah dididik dalam penggunaan dashboard Pusat Internet dan kini beliau kerap kali menggunakan My Komuniti dan My Soal dalam urusan perhubungan antara komuniti dan perhubungan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).