BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Mohamad Nazrul Azrie Bin Roslan |
Umur | : 25 tahun |
Ahli | : 11 April 2010 |
Latar belakang
Encik Nazrul merupakan cucu kepada ahli peneroka di Felda Pasoh 1 yang menetap di sini dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Belia.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan dokumen, minit mesyuarat, penggunaan email amat penting di dalam tugasnya sebagai Pengerusi Persatuan. Semenjak tahun 2016 hingga kini, beliau sangat aktif dalam menghadirkan diri ke kelas yang di laksanakan oleh pengurus Pusat Internet pada setiap hari Jumaat bermula 10.00 pagi-12.00 tengah hari.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu secara konsisten, beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti penghantaran tugasan melalui Email, membuat minit mesyuarat (Microsoft Word) dan sebagainya. Beliau juga telah dididik dalam penggunaan dashboard Pusat Internet dan kini beliau kerap kali menggunakan My Komuniti dan My Soal dalam urusan perhubungan antara komuniti dan perhubungan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=50#sigFreeIda6d44c8057
USAHAWAN KEDAI GUNTING RAMBUT
Nama | : Wira Syah Bin Syapie |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : Jun 2016 |
Latar belakang
Encik Wira Syah merupakan anak peneroka di Felda Pasoh 1 yang mempunyai pengalaman sebagai seorang gunting rambut lebih dari 15 tahun. Sebelum ini, beliau hanya menggunting rambut secara separuh masa sahaja pada waktu malam kerana waktu siang beliau bekerja di kedai makan. Akan tetapi, oleh kerana sambutan yang menggalakkan, beliau telah mengambil pekerja untuk menolong beliau. Beliau juga telah membuka cawangan kedai gunting rambutnya di Kuala Klawang dan kedainya diberi nama Eden Barber.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan Pusat Internet, Encik Wira Syah agak sukar untuk mempromosikan kedai gunting rambut beliau. Sebelum penglibatan Pusat Internet, promosi agak sukar dilakukan kerana kurang pengetahuan dalam bidang ict.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah penglibatan Pusat Internet, Encik Wira senang untuk mempromosikan kedai beliau. Dengan bantuan petugas Pusat Internet, Encik Wira telah mempromosikan kedai beliau ke dalam aplikasi Dashboard. Kini, lebih ramai komuniti luar daripada Kampung Felda Pasoh 1 yang mengetahui tentang perkhidmatan gunting rambut beliau. Selain itu, beliau juga mempelajari cara untuk membuat senarai harga bagi memudahkan pelanggan mengetahui harga yang dicas.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=50#sigFreeIda3a192fe43
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Nor Syafiqah Binti Zainal Abidin |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 10 September 2017 |
Latar belakang
Cik Syafiqah merupakan anak peneroka Felda yang tinggal bersama kedua ibu bapanya dan merupakan seorang pekerja di Pejabat Felda Pasoh 1. Sebagai seorang kerani, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dokumen pentadbiran pejabat. Menyedari hal ini, Cik Syafiqah lebih giat mempelajari asas komputer bagi memudahkan urusan sehariannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan dokumen, minit mesyuarat, penggunaan email amat penting di dalam tugasnya. Semenjak tahun 2017 hingga kini, beliau sangat aktif dalam menghadirkan diri ke kelas yang di laksanakan setiap bulan bagi kategori belia.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap bulan, beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti penghantaran tugasan melalui e-mail, membuat minit mesyuarat (Microsoft Word), mereka cipta pamplet menggunakan Adobe Photoshop.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=50#sigFreeIdc83365a0ba
USAHAWAN KEDAI MAKAN (SARAPAN PAGI DAN MINUM PETANG)
Nama | : Siti Kalsom Binti Latip |
Umur | : 45 tahun |
Ahli | : April 2010 |
Latar belakang
Puan Siti Kalsom Binti Latip atau lebih dikenali dengan panggilan adik Kak Rock merupakan usahawan yang mengusahakan perniagaan kedai makan. Beliau lebih disenangi dengan panggilan adik Kak Rock berbanding panggilan Siti Kalsom. Beliau merupakan usahawan kedai makan untuk sarapan pagi dan minum petang. Perniagaan kedai makan beliau dibangunkan bersama-sama dengan abang kandung beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau tidak mempromosikan perniagaan beliau di laman sosial. Akan tetapi, selepas beliau menghadiri kelas komputer yang dilakukan oleh petugas Pusat Internet, membolehkan beliau mempromosikan kedai makanan secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan kedai makan beliau dan beliau turut diajar mengenai ilmu bagaimana cara mengambil gambar makanan dengan betul sebelum dimuat naik kedalam laman sesawang. Hasilnya, pendapatan bulanan beliau juga telah meningkat dari masa ke semasa dan dapat membantu keluarganya.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=50#sigFreeIdaecc5e486e
USAHAWAN PAKAIAN DAN TUDUNG
Nama | : Siti Salwa Binti Zainal |
Umur | : 31 tahun |
Ahli | : 9 April 2010 |
Latar belakang
Puan Siti Salwa Bin Zainal merupakan seorang suri rumah yang amat meminati bidang perniagaan. Sejak zaman belajar lagi, beliau telah menunjukkan minat dalam bidang perniagaan pakaian. Sehingga kini, beliau masih aktif menjual pakaian dan tudung bagi membantu suaminya dalam meningkatkan ekonomi keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau mengakui bahawa beliau menggunakan komputer untuk membuka laman sesawang 'facebook' sahaja. Akan tetapi, selepas beliau menghadiri kelas komputer yang dilakukan oleh petugas Pusat Internet, membolehkan beliau mencari peluang untuk berniaga secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas dipelawa oleh petugas Pusat Internet, beliau memulakan kelas keusahawanan setiap hari Isnin hingga Khamis. Beliau telah mempelajari kelas asas Microsoft Office Word, Excel, PowerPoint dan Publisher. Beliau berpengetahuan dalam membuat kertas kerja, membuat poster perniagaan dan lejar kewangan. Selain itu, beliau juga dipelawa untuk memuat naik barangan perniagaan pakaian dan tudung di MyShop Dashboard Komuniti.
Kini, beliau telah mahir mereka bentuk poster perniagaan dan aktif mempromosikan perniagaan di laman sosial Facebook. Hasil daripada pembelajaran di Pusat Internet, pendapatan jualan pakaian dan tudung oleh beliau kini telah meningkat dari masa ke semasa.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=50#sigFreeId99ad5c83c5