BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Hazlin Binti Zainal
Umur : 41 tahun
Ahli : 09 Mei 2010

 

Latar belakang

Puan Hazlin merupakan ketua bagi Projek Ternakan Ikan Keli (PeTIK)

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan di PEDi, beliau hanya datang untuk urusan fotostat dan print sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran PEDi, Puan Hazlin bersama rakan-rakan yang lain telah mendapat idea untuk membuat kertas kerja bagi memohon bantuan dan sokongan kewangan daripada Jabatan Perikanan Jelebu, Negeri Sembilan untuk menjayakan projek ternakan ikan keli (‘sembilang’) secara berkelompok di Felda Pasoh 1. Pelaksanaan projek ikan keli (PeTIK) myKP ini juga dapat memupuk semangat kerja secara berkumpulan yang berdaya saing secara sihat. Selain itu, projek ternakan ikan keli ini mampu untuk menjadi salah satu faktor tarikan para pelancong yang berkunjung untuk melawat dan mempelajari cara penternakan ikan keli selari dengan program homestay di Felda Pasoh 1.


 

USAHAWAN ANEKA MAKANAN

Nama : Aziezan Bin Abidin
Umur : 39 tahun
Ahli : 03 September 2021

 

Latar belakang

Encik Aziezan merupakan bekas konsultan di Melaka. Beliau memulakan perniagaan aneka makanan berasaskan percik dan ternakan seperti ikan keli,udang kara dan kambing selepas kembali pulang ke kampung halaman untuk menjaga orang tuanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya perniagaan beliau hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja. Melalui penglibatan dalam kelas yang dianjurkan di PEDi, beliau memperoleh ilmu dalam bidang keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Melalui kelas keusahawanan yang disertai di PEDi, Encik Aziezan semakin mahir dalam mempromosikan produk perniagaannya. Beliau juga sudah mempunyai sijil SSM yang didaftarkan secara atas talian dengan tunjuk ajar petugas.Beliau juga membuat QR Pay sendiri dan Touch ‘n Go eWallet bagi memudahkan urusan perniagaan beliau. Kini, jumlah pelanggan / pembeli Encik Aziezan semakin bertambah dari sehari ke sehari dan pendapatan Encik Aziezan turut meningkat dari semasa ke semasa.

 


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Norshamrin Bin Abd Rahman
Umur : 30 tahun
Ahli : 17 Disember 2018

 

Latar belakang

Encik Shamrin merupakan belia yang tinggal di Felda Pasoh 1. Beliau telah datang ke PEDi Felda Pasoh bagi mempelajari asas komputer bagi memudahkan urusan pekerjaannya nanti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan di PEDi, beliau hanya datang untuk urusan fotostat dan print sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran PEDi, Encik Shamrin telah berjaya menghasilkan resume sendiri atas bantuan petugas.


 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Normi Binti Jamal
Umur : 59 tahun
Ahli : 10 September 2023

 

Latar belakang

Puan Normi seorang suri rumah yang berusia 59 tahun dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan demi kelangsungan hidup.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dengan PEDi, pendapatan beliau dalam lingkungan RM300 dan pelanggannya adalah di sekitar kawasan Felda Pasoh 1 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan PEDi, beliau telah berjaya memasarkan produk daging dendeng beliau melalui media sosial. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM1000 - RM2000 sebulan. Permintaan semakin bertambah apabila tiba musim perayaan.


 

USAHAWAN ANEKA MAKANAN

Nama : Noorazlita Binti Ahmad
Umur : 42 tahun
Ahli : 25 Disember 2010

 

 

Latar belakang

Puan Norazlita merupakan bekas Jururawat di Klinik Kesihatan Felda Pasoh 1. Beliau memulakan perniagaan aneka makanan sebelum berpencen awal dari menjadi jururawat lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya perniagaan beliau hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja. Melalui penglibatan dalam kelas yang dianjurkan di PEDi, beliau memperoleh ilmu dalam bidang keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Melalui kelas keusahawanan yang disertai di PEDi, Puan Norazlita semakin mahir dalam mempromosikan produk perniagaannya. Beliau juga sudah mempunyai sijil SSM yang didaftarkan secara atas talian dengan tunjuk ajar petugas.Beliau juga membuat QR Pay sendiri dan Sticker perniagaan menggunakan Canva. Kini, jumlah pelanggan / pembeli Puan Norazlita semakin bertambah dari sehari ke sehari dan pendapatan Puan Norazlita turut meningkat dari semasa ke semasa.