Nama : Siti Aishah Binti Salleh
Umur : 42 tahun
Ahli : 20 Ogos 2017

 

Latar belakang

Pada awalnya Puan Siti Aishah hanya menjadikan bidang bakeri hanya sebagai minat dan untuk mengisi masa lapang. Beliau sebenarnya tidak mempunyai asas membuat kek tetapi kerana minat, beliau mula belajar cara membuat adunan melalui internet dan kenalan di muka buku. Namun berkat usaha yang gigih dalam menghasilkan kek yang enak dikukuhkan lagi dengan minat yang mendalam, kini menjadikan beliau mahir dalam menghasilkan kek pelbagai perisa dan jenis.

Pada awal tahun 2019 beliau hanya menerima tempahan kek dari saudara mara dan jiran tetangga. Sedikit-demi sedikit hebahan bakeri air tangan beliau mula tersebar daripada pelanggan-pelanggan beliau yang pernah mencuba kek beliau. Di situ lah beliau mula serius dalam mengusahakan Perniagaan Bakeri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah berniaga dari rumah dan menjual produk dengan menghantar kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut dan Whatsapp sahaja. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan program usahawan anjuran Pusat Internet dan lain lain agensi, beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan Facebook dan muat naik ke dalam status Whatsapp. Dengan cara ini beliau dapat mewawarkan perniagaan beliau kepada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja. Selain itu binaan ayat-ayat menarik mampu memancing pelanggan untuk mencuba produk jualan beliau.


Nama : Rosina Binti Sidek
Umur : 38 tahun
Ahli : 05 Februari 2018

 

Latar belakang

Puan Rosina merupakan seorang guru di Pusat Literasi Keluarga (PLK). Permulaan perniagaan burger ini ialah pada awal tahun 2019 secara kecil-kecilan. Berkat kesungguhan dan minat Puan Rosina untuk berniaga telah membolehkan beliau mempelbagaikan lagi menu burger di kedai ES Burger.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya perniagaan beliau hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja. Melalui penglibatan dalam kelas yang dianjurkan di PI, beliau memperoleh ilmu dan idea untuk memperbanyakkan lagi promosi di laman sesawang beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer dan  semakin rajin mempromosikan perniagaan dan memuat naik menu dan gambar produk burger beliau pada setiap hari  melalui laman sesawang Facebook dan Whatsapp status. Selain itu juga, burger beliau turut mendapat permintaan dari penduduk luar kawasan Felda Pasoh 1.


Nama : Nor Hapipah Binti kateran
Umur : 36 tahun
Ahli : 08 Januari 2017

 

Latar belakang

Puan Nor Hapipah merupakan seorang guru Kafa di Sek Keb Felda Pasoh 1. Puan Nor Hapipah pada awalnya menjalankan perniagaan membuat ketupat palas di rumahnya dan menerima tempahan untuk majlis-majlis. Pada awalnya beliau hanya menjual kepada rakan terdekat sahaja melalui promosi secara mulut ke mulut. Akan tetapi oleh kerana keenakan ketupat palas beliau, permintaan semakin bertambah dari masa ke semasa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nor Hapipah kurang pengetahuan dalam mengendalikan promosi jualan di Facebook dan atas talian. Beliau datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes ketupat palas beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Felda Pasoh 1, beliau mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaannya secara atas talian dengan lebih efektif. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer. Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui Facebook dan Whatsapp status.


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nurul Shuhada Binti Roslan   
Umur : 13 tahun
Ahli : 17 Mac 2017

 

Latar belakang

Nurul Shuhada Binti Roslan merupakan pelajar sekolah menengah. Banyak perkara yang telah beliau pelajari terutamanya dari segi pembelajaran ICT. Selain itu, beliau juga rajin datang ke PI bagi menyertai program yang dijalankan di sini. Beliau juga selalu menghabiskan masa lapangnya di PI dengan melayari internet untuk mencari maklumat pembelajaran di internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir mengenai penggunaan ICT dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PI Felda Pasoh 1, kini beliau sudah boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik. Shuhada kini telah mahir menggunakan emel. Beliau juga dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasinya dengan menggunakan Mic. Power point untuk membuat pembentangan di sekolah.


Nama : Nor ilyani Binti Sulaiman
Umur : 35 tahun
Ahli : 11 November 2016

 

Latar belakang

Pada awalnya, Ibu kepada 3 orang anak ini merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Melihat potensi berniaga atas talian kini meledak dengan pelbagai jenis jualan produk, beliau turut mengambil peluang ini bagi menambah pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menceburkan diri di dalam perniagaan atas talian, beliau hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan produk dan berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan secara atas talian atau di kenali sebagai ‘Agent Drobship’. Beliau juga telah dididik mengenai perbankan atas talian bagi memudahkan beliau untuk membuat pengurusan ‘online banking’. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer dan  semakin rajin mempromosikan perniagaan melalui laman sesawang Facebook dan Whatsapp status.