BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama Muhamad Irwan Shah
Umur : 14 tahun
Ahli : 30 Julai 2010

 

Latar belakang

Muhamad Irwan Shah merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Dato 'Haji Mustafa. Selama 9 tahun menjadi ahli di Pusat Internet (PI), banyak perkara yang telah beliau pelajari terutamanya dari segi pembelajaran ICT. Selain itu, beliau juga rajin datang ke PI bagi menyertai program yang dijalankan di sini. Beliau juga selalu menghabiskan masa lapangnya di PI dengan melayari internet untuk mencari maklumat pembelajaran di internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir mengenai penggunaan ICT dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PI Felda Pasoh 1, kini beliau sudah boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik. Muhamad Irwan kini telah mahir menggunakan emel. Beliau juga dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasinya dengan menggunakan Microsoft Power Point untuk membuat pembentangan di sekolah.


Nama : Mohamad Nazrul Azrie Bin Roslan
Umur : 24 tahun
Ahli : 11 April 2010

 

Latar belakang

Mohamad Nazrul Azrie Bin Roslan merupakan seorang penternak dan peniaga Madu Kelulut Original yang berasal dari Felda Pasoh 1. Menternak lebah kelulut yang mulanya hanya sekadar suka-suka sahaja kini menjadi sumber pendapatan tambahan kepada Encik Nazrul.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya bergantung pada pendapatan bulanan sahaja. Akan tetapi, beliau telah mendapat kesedaran bahawa beliau perlu mencari jalan bagi meningkatkan ekonomi beliau. Pada awalnya beliau tidak membuat promosi mengenai ternakan lebah dan madu tersebut. Hanya kenalan rapat sahaja yang mengetahui mengenainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Pasoh 1 sejajar dengan usahanya. Beliau telah menghadiri kelas keusahawan yang dianjurkan Pusat Internet dan menggunakan kemudahan PC dan Internet untuk melakukan promosi madu kelulut beliau dilaman sosial seperti FB dan Whatsapp dengan memuatnaik gambar, video dan juga nombor perhubungan untuk mempromosikan produk madu lebah beliau. Beliau juga selalu mencari maklumat mengenai lebah kelulut di Pusat Internet melalui carian di ‘Google’ dan video mengenai lebah kelulut melalui Youtube dan mempromosikan produk perniagaan beliau di dalam Dashboard MyShop.


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Mohamad Adli Safwan Bin Zaidi  
Umur : 12 tahun
Ahli : 1 April 2017

 

Latar belakang

Adik Mohamad Adli merupakan pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 1. Selama hampir 2 tahun menjadi ahli di Pusat Internet (PI), banyak perkara yang telah beliau pelajari terutamanya dari segi pembelajaran ICT. Selain itu, beliau juga rajin datang ke PI untuk menyertai program yang dijalankan di sini. Beliau juga selalu menghabiskan masa lapangnya di PI dengan melayari internet dan menggunakan kemudahan wifi komuniti yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang berpengetahuan dalam ilmu ICT dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dengan mendaftar sebagai ahli di PI, kini beliau gemar menghabiskan masa lapang dengan melayari internet disini dengan mencari bahan-bahan rujukan yang diminta oleh guru. Selain itu, beliau juga sangat aktif melibatkan diri dalam latihan , kelas serta program yang dianjurkan oleh pihak PI.


Nama : Hapshah Binti Mohamad
Umur : 38 tahun
Ahli : 01 Jun 2018

 

Latar belakang

Puan Hapshah merupakan seorang guru Pusat Literasi Keluarga (PLK). Pada awalnya beliau hanya membuat aiskrim Malaysia untuk anaknya sahaja. Akan tetapi, oleh kerana permintaan yang tinggi dan memberangsangkan dari rakan anaknya telah meyakinkan lagi Puan Hapshah untuk menjual aiskrim tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya bergantung pada pendapatan bulanan sahaja .Akan tetapi, beliau telah mendapat kesedaran bahawa beliau perlu mencari jalan bagi membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga dalam membesarkan 4 orang anak mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Pasoh 1 sejajar dengan usahanya. Beliau telah menghadiri kelas keusahawan yang dianjurkan Pusat Internet dan menggunakan kemudahan PC dan Internet untuk melakukan promosi produk aiskrim Malaysia  beliau dilaman sosial seperti FB dan Whatsapp dan membuat senarai harga. Beliau juga mempelajari cara untuk mengambil gambar aiskrim dengan betul dan menarik. Selain itu, beliau juga mempromosikan produk perniagaan beliau didalam Dashboard MyShop.


Nama : Nor Syafiqah Binti Zainal Abidin
Umur : 28 tahun
Ahli : 10 September 2017

 

Latar belakang

Cik Syafiqah merupakan seorang kakitangan Felda dan tinggal di Felda Pasoh 1. Beliau baru menjinakkan diri dengan perniagaan barangan kesihatan dan kecantikan produk “Nurraysa Beauty”. Beliau bertindak sebagai orang tengah antara penjual dan pelanggan bermula Ogos 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini cik Syafiqah membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Selain itu, beliau juga hanya mempromosikan produk beliau menggunakan akaun “facebook” peribadi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Felda Pasoh 1, beliau kini boleh mengiklankan produk kesihatan dan kecantikan “Nurayysa Beauty” dijual di dalam laman web terutamanya di mudah.my. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai produk yang ingin dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Cik Syafiqah di dalam laman web mudah.my. Cik Amalina juga mengiklankan produk kesihatan dan kecantikan “Nurayysa Beauty” menggunakan MyShop yang merupakan salah satu modul bagi aplikasi Dashboard yang ada di Pusat Internet. Cik Syafiqah juga berjaya mengiklankan produk kesihatan dan kecantikan “Nurayysa Beauty” melalui 11street hasil tunjuk ajar dan bimbingan pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Felda Pasoh 1.