Nama : Shaifura Hafiza Binti Sulaiman
Umur : 42 tahun
Ahli : 12 Julai 2020

 

Latar belakang

Puan Shaifura merupakan seorang usahawan yang membuka gerai menjual kuih muih pada waktu petang sejak tahun 2005. Selain menjual di gerai, beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kuih kerumah-rumah. Antara jualan beliau adalah kuih muih seperti karipap, keria, cara berlauk, seri ayu, seri muka, donut, apam dan sebagainya mengikut permintaan pelanggan. Sehingga kini, kuih muih hasil tangan Puan Shaifura sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan dan penduduk sekitar, Puan Shaifura banyak mendapat tempahan untuk pelbagai majlis antaranya majlis hari jadi, kenduri kahwin, majlis doa selamat dan bermacam lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Shaifura hanya menjual kueh di gerai sahaja. Pendapatan bulanan beliau juga hanya sekitar RM200-RM500 sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pasoh 1, pendapatan bulanan beliau  kini mencecah RM1000 – RM2000 sebulan mengikut jualan semasa. Selain itu, peserta sudah mahir dalam mempromosikan jualannya di dalam media sosial seperti Facebook dan Whatsapp bagi tujuan mempertingkatkan lagi jualan beliau.

 


 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Dayang Nabila Binti Mohd Nazri
Umur : 20 tahun
Ahli : 24 Dec 2019

 

Latar belakang

Dayang Nabila merupakan seorang pelajar yang bakal menamatkan pendidikan Diploma di Kolej Vokasional Juasseh. Kediaman beliau dengan Pusat Internet Felda Pasoh 1  hanya 1 Kilometer sahaja dan ini memudahkan Dayang Nabila untuk lebih kerap mengunjungi Pusat Internet untuk menyelesaikan tugasan kolej yang diberikan oleh pensyarah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di Pusat Internet, Dayang Nabila sudah mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer. Namun demikian, terdapat tugasan daripada pensyarah yang memerlukan Dayang Nabila untuk mengunjungi Pusat Internet dan memerlukannya untuk mengakses internet dalam menyelesaikan tugasan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dayang Nabila kini dapat mengakses pelbagai maklumat berkaitan pendidikan dengan lebih mudah terutamanya pada musim Covid-19 ini dimana keperluan internet sangat penting bagi pelajar seperti beliau kerana semua pelaksanaan pembelajaran dibuat secara atas talian. Kini, beliau mampu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tepat pada waktunya dengan menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet


 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Zunnurinni Binti Jamalul Rahim
Umur : 11 tahun
Ahli :7 Jun 2018

 

Latar belakang

Zunnurinni adalah seorang pelajar sekolah rendah yang memerlukan internet untuk mengakses ke laman-laman web berunsurkan pendidikan memandangkan beliau ingin mencari bahan-bahan tambahan untuk pembelajaran beliau. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, bahan-bahan pembelajaran hanya didapati melalui guru, perkongsian bersama rakan-rakan, kelas tambahan, dan buku sahaja. Kurang mahir mengenai penggunaan ICT dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mempelajari cara penggunaan internet, beliau dapat mengakses pelbagai maklumat berkaitan pendidikan dengan lebih mudah. Kini, beliau boleh menggunakan internet untuk mengakses laman web berunsurkan pendidikan. Beliau turut diperkenalkan dengan beberapa laman web dan aplikasi yang menawarkan pembelajaran secara atas talian.Beliau juga sering menjawab soalan kuiz ‘online’ di laman web Quizziz.Com.


 

Nama : Norafiza Binti Mohamad Yusof
Umur : 35 tahun
Ahli : 26 Mac 2019

 

Latar belakang

Puan Norafiza merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Selain itu, Puan Norafiza juga seorang penjual produk kecantikan dan kesihatan di kawasan Jelebu iaitu produk Jamu JRG (Jamu Ratu Goncang & Ganteng) selaku agen.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya perniagaan beliau hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja. Melalui penglibatan dalam kelas yang dianjurkan di PI, beliau memperoleh ilmu dan idea untuk memperbanyakkan lagi promosi di laman sesawang beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer dan  semakin rajin mempromosikan perniagaan dan memuat naik menu dan gambar produk jamu beliau pada setiap hari  melalui laman sesawang Facebook dan Whatsapp status. Selain itu juga, jamu beliau turut mendapat permintaan dari penduduk luar kawasan Felda Pasoh 1.


 

Nama : Zahraa Akmal Binti Faizal Azni
Umur : 29 tahun
Ahli : 10 Mac 2012

 

Latar belakang

Puan Zahraa merupakan seorang usahawan separuh masa. Beliau telah lama melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini, tetapi beliau masih tidak mempunyai sebarang rekod jualan perniagaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai kemahiran yang terbatas berkenaan penggunaan ICT. PI banyak membantunya terutama dalam menyediakan capaian internet untuk tujuan mempromosikan perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan dan pengajaran tentang keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pasoh 1, perkhidmatannya semakin meluas dan teratur. Selain dari itu, konsep pemasaran yang beliau pelajari di PI membantu untuk meningkatkan lagi jumlah jualan dan pelanggannya daripada perkhidmatan yang beliau sediakan untuk kemudahan komuniti.