Nama : Wira Syah Bin Syapie
Umur : 34 tahun
Ahli : Jun 2016

 

Latar belakang

Encik Wira Syah merupakan anak peneroka di Felda Pasoh 1 yang mempunyai pengalaman sebagai seorang gunting rambut lebih dari 15 tahun. Sebelum ini, beliau hanya menggunting rambut secara separuh masa sahaja pada waktu malam kerana waktu siang beliau bekerja di kedai makan. Akan tetapi, oleh kerana sambutan yang menggalakkan, beliau telah mengambil pekerja untuk menolong beliau. Beliau juga telah membuka cawangan kedai gunting rambutnya di Kuala Klawang dan kedainya diberi nama Eden Barber.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Pusat Internet, Encik Wira Syah agak sukar untuk mempromosikan kedai gunting rambut beliau. Sebelum penglibatan Pusat Internet, promosi agak sukar dilakukan kerana kurang pengetahuan dalam bidang ict.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan Pusat Internet, Encik Wira senang untuk mempromosikan kedai beliau. Dengan bantuan petugas Pusat Internet, Encik Wira telah mempromosikan kedai beliau ke dalam aplikasi Dashboard. Kini, lebih ramai komuniti luar daripada Kampung Felda Pasoh 1 yang mengetahui tentang perkhidmatan gunting rambut beliau. Selain itu, beliau juga mempelajari cara untuk membuat senarai harga bagi memudahkan pelanggan mengetahui harga yang dicas.


Nama : Siti Kalsom Binti Latip
Umur : 45 tahun
Ahli : April 2010

 

Latar belakang

Puan Siti Kalsom Binti Latip atau lebih dikenali dengan panggilan adik Kak Rock merupakan usahawan yang mengusahakan perniagaan kedai makan. Beliau lebih disenangi dengan panggilan adik Kak Rock berbanding panggilan Siti Kalsom. Beliau merupakan usahawan kedai makan untuk sarapan pagi dan minum petang. Perniagaan kedai makan beliau dibangunkan bersama-sama dengan abang kandung beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau tidak mempromosikan perniagaan beliau di laman sosial.  Akan tetapi, selepas beliau menghadiri kelas komputer yang dilakukan oleh petugas Pusat Internet, membolehkan beliau mempromosikan kedai makanan secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan kedai makan beliau dan beliau turut diajar mengenai ilmu bagaimana cara mengambil gambar makanan dengan betul sebelum dimuat naik kedalam laman sesawang. Hasilnya, pendapatan bulanan beliau juga telah meningkat dari masa ke semasa dan dapat membantu keluarganya.


Nama : Siti Salwa Binti Zainal
Umur : 31 tahun
Ahli : 9 April 2010

 

Latar belakang

Puan Siti Salwa Bin Zainal merupakan seorang suri rumah yang amat meminati bidang perniagaan. Sejak zaman belajar lagi, beliau telah menunjukkan minat dalam bidang perniagaan pakaian. Sehingga kini, beliau masih aktif menjual pakaian dan tudung bagi membantu suaminya dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau mengakui bahawa beliau menggunakan komputer untuk membuka laman sesawang 'facebook' sahaja. Akan tetapi, selepas beliau menghadiri kelas komputer yang dilakukan oleh petugas Pusat Internet, membolehkan beliau mencari peluang untuk berniaga secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas dipelawa oleh petugas Pusat Internet, beliau memulakan kelas keusahawanan setiap hari Isnin hingga Khamis. Beliau telah mempelajari kelas asas Microsoft Office Word, Excel, PowerPoint dan Publisher. Beliau berpengetahuan dalam membuat kertas kerja, membuat poster perniagaan dan lejar kewangan. Selain itu, beliau juga dipelawa untuk memuat naik barangan perniagaan pakaian dan tudung di MyShop Dashboard Komuniti. 

Kini, beliau telah mahir mereka bentuk poster perniagaan dan aktif mempromosikan perniagaan di laman sosial Facebook. Hasil daripada pembelajaran di Pusat Internet, pendapatan jualan pakaian dan tudung oleh beliau kini telah meningkat dari masa ke semasa.


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nor Syafiqah Binti Zainal Abidin
Umur : 27 tahun
Ahli : 10 September 2017

 

Latar belakang

Cik Syafiqah merupakan anak peneroka Felda yang tinggal bersama kedua ibu bapanya dan merupakan seorang pekerja di Pejabat Felda Pasoh 1. Sebagai seorang kerani, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dokumen pentadbiran pejabat. Menyedari hal ini, Cik Syafiqah lebih giat mempelajari asas komputer bagi memudahkan urusan sehariannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan dokumen, minit mesyuarat, penggunaan email amat penting di dalam tugasnya. Semenjak tahun 2017 hingga kini, beliau sangat aktif dalam menghadirkan diri ke kelas yang di laksanakan setiap bulan bagi kategori belia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap bulan, beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti penghantaran tugasan melalui e-mail, membuat minit mesyuarat (Microsoft Word), mereka cipta pamplet menggunakan Adobe Photoshop.


Nama : Nur Syuhada Binti Yaakop
Umur : 24 tahun
Ahli : 9 April 2010

 

Latar belakang

Cik Syuhada merupakan anak peneroka di Felda Pasoh 1. Dahulunya beliau bekerja di Seremban. Oleh kerana keadaan kesihatan ibu dan ayahnya tidak begitu memberangsangkan, beliau telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Beliau pada awalnya hanya bekerja di sebuah kedai makan sarapan pagi sebagai pembuat air. Melihat potensi berniaga atas talian kini meledak dengan pelbagai produk, beliau turut mengambil peluang ini bagi menambah pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya tahu menggunakan komputer untuk membuka laman sesawang ‘facebook’ sahaja. Akan tetapi, selepas beliau menghadiri kelas komputer yang dilakukan oleh petugas Pusat Internet, membolehkan beliau mencari peluang untuk berniaga secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan menyertai kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan produk dan berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan ‘online’ atau di kenali sebagai ‘agent dropship’. Beliau juga telah dididik mengenai perbankan atas talian bagi memudahkan beliau untuk membuat pengurusan ‘online banking’. Hasilnya, pendapatan bulanan beliau meningkat dari masa ke semasa dan dapat membantu keluarganya.