USAHAWAN KRAFTANGAN DAN SULAMAN
Nama | : Norasmahwati Binti Khalid |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 11 Oktober 2012 |
Latar belakang
Puan Norasmahwati merupakan seorang anak peneroka di perkampungan Felda Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan yang bercita-cita tinggi. Beliau berumur 34 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Berbekalkan minat dan niat untuk membantu suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga telah mendorong beliau untuk mula berniaga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Norasmahwati adalah seorang yang tidak langsung mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Tetapi dengan semangat yang kuat, beliau telah menyertai kelas mingguan yang diadakan di Pi1M Felda Pasoh 1. Sebelum ini, Puan Norasmahwati merasakan amat sukar untuk membiasakan diri dengan komputer kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya. Tetapi dengan semangat yang tinggi Puan Norasmahwati sangat tekun dan cepat belajar bagi memudahkan urusan dalam mempromosikan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Pasoh 1, Puan Norasmahwati kini telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang dapat membantu mempromosikan perniagaan sulaman dan kraftangan beliau. Melalui ‘facebook’ kini beliau telah berjaya mempromosikan perniagaannya di dalam dan di luar Negeri Sembilan. Selepas promosi yang dibuat melalui laman sesawang ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatsapp’, beliau telah menerima banyak tempahan. Contohnya, untuk majlis sambutan Hari Guru, Hari Jururawat, majlis perkahwinan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai cenderamata.
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M Felda Pasoh 1 bagi mempelajari teknik pemasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosialBeliau berpendapat bahawa silibus atau kelas yang diadakan banyak memberi peluang pada masyarakat untuk menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan pengetahuan tentang dunia digital. Selain itu, program Dashboard yang terbaru amat menarik untuk dicuba oleh segenap lapisan masyarakat.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=65#sigFreeId2838c06e93
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Sapiah Binti Jonid |
Umur | : 63 tahun |
Ahli | : 6 May 2013 |
Latar belakang
Puan Sapiah Binti Jonid merupakan isteri kepada ketua kampung di Felda Pasoh Satu. Beliau seorang yang aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di kampung dan juga di masjid. Beliau turut menyandang tanggungjawab sebagai setiausaha dalam Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Oleh yang demikian, beliau terpaksa memahirkan diri dalam menggunakan komputer dan internet. Beliau hanya bergantung harap dengan bantuan anak-anak untuk menaip minit mesyuarat dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatannya di PI1M, Puan Sapiah tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk menggunakan komputer serta mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI1M. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas. Beliau hanya menggunakan telefon pintar semata-mata.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI1M. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI1M, Puan Sapiah telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI1M. Beliau juga turut menghadiri kelas komputer yang dijalankan di Pi1M pada setiap minggu bersama rakan-rakan yang lain. Dengan bantuan petugas Pi1M, kini Puan Sapiah boleh berbangga kerana beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer serta semakin mahir menaip dan menggunakan Microsoft Word tanpa bantuan anak-anak lagi.
USAHAWAN KECIL KEK
Nama | : Nur Asyikin Binti Mohd Murad |
Umur | : 21 tahun |
Ahli | : 14 November 2016 |
Latar belakang
Cik Nur Asyikin usahawan kecil perniagaan kek di perkampungan Felda Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Cik Nur Asyikin adalah seorang yang tidak langsung mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Tetapi dengan semangat yang kuat, beliau telah menyertai kelas mingguan yang diadakan di Pi1M Felda Pasoh 1. Sebelum ini, Cik Nur Asyikin merasakan amat sukar untuk membiasakan diri dengan komputer dan internet kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya. Tetapi dengan semangat yang tinggi Cik Nur Asyikin sangat tekun dan cepat belajar bagi memudahkan urusan dalam mempromosikan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pasoh 1, Cik Nur Asyikin kini telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang dapat membantu mempromosikan perniagaan kek beliau. Melalui ‘facebook’ kini beliau telah berjaya mempromosikan perniagaannya di dalam dan di luar Negeri Sembilan.
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M Felda Pasoh 1 bagi mempelajari teknik pemasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Selepas promosi yang dibuat melalui laman sesawang ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatsapp’, beliau telah menerima banyak tempahan. Contohnya, untuk SDCD/DCPCD 01092017 majlis sambutan Hari Guru, Hari Jururawat, majlis perkahwinan dan untuk dijadikan hadiah dan sebagainya. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi1M Felda Pasoh 1, beliau mampu menghasilkan iklan secara atas talian dalam kategori belia dalam usianya yang sangat muda.